dating again . meet again

rasa macam kembar . haha
25 10 13
we meet again , dating again . .
actually nak kata dating tu tak jugalah . teman dia hantar product dekat customer dia . customer dia ni kawan dia juga sebenarnya . dekat machang . jauh perjalanan kami . after pergi jumpa kawan dia hantar product , ronda billion then lepak kat kedai makan tepi UMK . itu sahaja . itu pun dari petang bawa ke malam . the end .

oops !!

baru teringat tentang ini . sumpah kelakar .

few days ago .. tiba-tiba dia kata ( on wechat ) ..
"bahasa kita besepah , tak manja langsung .. tak macam couple lain pun , kan sayang ...."

oops !! my reaction ? tercengang dan tefikir sekejap .. dia terasa ?
mmm , betul lah . aku dengan dia tak ada pun nak bersayang bagai sangat . kasar . bongok , senget , bodoh , gila , kutuk sesama sendiri . teruknya !

bukan dalam hp je , outside depan mata pun tak nampak macam couple . tengok memang macam sweet tapi gila-gila . brutal katanya .

confuse . aku dan dia couple atau member-member ? haha !

bila dia tanya macam tu , aku terus tanya dia balik . dia okay tak macam tu . rasa macam terbalik pula bila dia yang tanya . normally , aku rasa perempuan yang tak selesa kalau kasar . tapi dah dia cakap okay dan selesa . aku pun okay juga lah . haha .

ini lagi tu hal , hee . . .

"bila kita couple?"
"last month"
"date?"
"entah"

okay , aku sendiri tak tahu bila aku couple dengan dia . romantic sangat sampai tak tahu bila date couple . haha . baguslah . tak penting sangat pon rasanya .

dari dia . haha

S I N G L E T O N I G H T
malam ini dia ada show dekat kuala krai . expo . concert . jadi aku single malam ini but not available . konon nak ikut tapi show tu jauh . outdoor . danger kot ?

sebelum dia bertolak pergi show , aku gatal tangan whatsapp dia . send gambar . konon bagi semangat lah . then bila on facebook , tak sangka pulak haa dia update status . okay , terharu ?

S U R P R I S E & D I N N E R

S U R P R I S E
dia selalu bagi surprise yang gila . haha . bukan hadiah tapi . . .
bila dia busy memang kami tak contact . tapi walaupun dia busy sempat juga dia curi-curi call or text aku . bila call time-time busy . . dia buat suara panic . cakap . . .

... lepas cakap ni terus letak , jangan marah  ...

apa aku akan fikir kalau dia cakap macam ni ? dengan suara panic . pastilah benda yang bukan-bukan akan menerjah orak aku . bila aku tanya "apa dia" . . sebenarnya dia nak cakap ini . .

... i miss you , i love you , muahhhhhh ! ... ( terus letak ) ...

respond aku ? tercengang then smile . hee . . . surprise lah kononnya ni . bahagia sekejap .


19 10 2013 : D I N N E R
last jumpa raya hari itu . kebetulan malam ni dia free , so ajak dinner . he bring me to . . cerana villa restaurant and resort . tepi sungai . menarik la juga tempatnya . relax . katanya dia selalu makan dekat restaurant ni sebelum ini .

so no wonder lah waiter kat restaurant ni kenal dia . on his facebook , ada yang menegur . nampak both of us . katanya nampak sweet , baca doa makan sama-sama . haha . terperasan seketika .

salam aidiladha

15 10 2013 
selamat hari raya aidiladha . 
sudah korban lembu dan kambing , masa untuk dating .
haha .


oh ingatkan nak pergi beraya saja , tapi dia bawa aku jumpa kaum kerabat dia . dari keluarga angkat dia sampailah keluarga abang dia . katanya aku perempuan pertama yang dia kenalkan dekat keluarga dia .

ditanya macam-macam oleh kaum kerabat dia . haishhh soalan pertama tak sempat jawab dah tanya soalan kedua , tiga . . lastly tak jawab apa-apa . diam . haha . 
habis raya , ronda pantai . then dia belanja makan satay . kakak kesayangan dia pesan , kawan elok-elok .

ps : tak sangka pula dia minat cartoon . haha . sewel .

2nd date


my second date !
nak kata dating tu tak juga , aku teman dia . pergi pasir mas . dia diundang jadi dj untuk majlis orang kahwin . belajar satu benda baru . memahami cara kerja dia . busy .

mmm . . dia dedicate satu lagu untuk aku , baik-baik sayang by wali band . okay , terima kasih . haha . dari sini jugalah aku kenal dia . dia ni manja . aku manja juga tapi dia terlalu manja . huh ?

dah habis majlis . ronda sana sini dulu sebelum balik . singgah di fun fair . dia beli kasut and perfume . ramai juga lah mata memandang . aku pula yang jadi pelik bila ramai yang jeling-jeling . apa pun , happy lah juga walau bosan tunggu dia habis kerja dekat majlis tu . haha .

dia di lamar

oops ! dia di lamar . bukan untuk berkahwin but untuk jadi pelakon . di lamar oleh penerbit / pengarah filem ombak rindu . untunglah kan ?

aku tidak halang kerjaya dia sebagai seorang penyanyi dan nak bertukar carrier jadi pelakon pula . cuma , ada lah dua tiga hal yang menerjah otak aku . terfikir , setiakah dia kalau dah jadi pelakon terkenal ( itu pun kalau ada rezeki dia lah )

apa pun good luck !

Part 3 * End

the beginning of love : part 3 but end ??
end of story ? of course not . dah masuk pertengahan cerita , so mana boleh letak beginning lagi dah . kan ? hee . . .

19 09 2013
dia datang rumah , untuk pertama kalinya . masih ingat dia pakai baju orange . dia actually nak kena pergi studio untuk recording but singgah kat rumah aku dulu untuk hantar product . ada orang order dari aku product yang dia jual . so means ini kali kedua aku jumpa dia .

24 09 2013
err dia merajuk dengan aku . haishhh sampai macam ni sekali dia marahkan aku . adoii . tau kenapa ? dia sakit gigi . aku macam bagi tekanan perasaan kat dia . dia kata aku tak faham dia .

agak bengang juga lah kan bila dia kata macam tu . baru berapa hari aku kenal dia , macam mana aku nak faham dia . dia pun belum tentu faham aku . tapi aku try pujuk juga , bagi aku benda kecil saja . tak reti pujuk pun pujuk juga lah .

kenapa aku pujuk pun aku tak tahu . rasa bersalah kot . lagipun benda boleh settle . tak tahu nak pujuk macam mana , lastly muncul idea . create video . menyanyi sikit .

empat hari selepas itu , dia still buat tak tahu . aku dah send dua video kot . hati batu betul . malas nak peduli . aku dah pujuk . dia tak nak . so biarkan jelah . memang failed bab pujuk orang . plus aku malas nak meroyan tak tentu pasal macam tu . haha buat malu saja .

hari keenam , hilang dah rajuk dia . ingatkan hati batu . hilang dah ego dia . dapat text . dia nak jumpa . setahu aku sepanjang aku kenal dia , dia ni susah nak jilat ludah sendiri . ego tinggi melangit . kalau dah tak suka tetap tak suka . memang tak akan cari balik .

mmm mungkin rasa tercabar sebab aku pujuk dua kali saja . aku kan limited edition gitu . haha . dia minta maaf sebab terlalu ego .

okay , dimaafkan . aku manusia biasa saja . sedangkan Nabi ampunkan umat . inikan pula aku . kan ?

30 09 2013

Part 2

the beginning of love part two .

resign . balik kelantan . tak teruja pun , biasa saja . dah lama tak online sebab busy pack barang and prepare apa yang penting before resign sebelum ini .

dah sampai rumah . relax dua tiga hari . aku online . stalk facebook dia . tapi , alamak !

dia dah ada gefen lah . ayoo . gefen dia biasa saja . dia buat aku kagum sikit , tak memilih pun dia . gefen dia tak ada lah cun sangat . biasa saja . tak memilih rupa . baguskan . maybe gefen dia baik kot . oleh sebab dia dah ada gefen , malaslah nak kacau kan . biarkan .

16 09 2013
dah lebih dua minggu aku balik . hari ini baru berpeluang jumpa dia . itu pun sebab aku beli product dia . nak cantik punya pasal sanggup aku beli . hee . . seriously ikutkan hati rasa macam malas nak jumpa dia sebab dia dah ada gefen . haha . atas urusan jual beli ni , aku pergi juga lah jumpa dia .

jumpa dekat kfc kbmall . .
bila dah jumpa dia , memang lain sangat . dia tak sombong pun . ramah terlebih . part paling best , bila dia bagitahu dia dah putus dengan gefen dia yang aku tengok tu . putus sebab katanya gefen dia tak faham kerjaya dia sebagai penyanyi . dia selalu busy . kerja tak ikut time . aku sekadar "ohhh" , senyum dalam hati .


ps : tak jumpa aku dah suka , dah jumpa lagi lah aku suka

Part 1

the beginning of love part one .
okay , aku rasa aku suka dia . tak tahu kenapa . kenal pun tak , tapi suka .

it's begin here actually . .
kejadian ni masa aku masih kerja dekat asadi malaysia lagi . . adalah satu hari on july 2013 tak silap aku ( kalau tak july , maybe june )

tak ada kerja dekat office . memang teramat free . order pun tak banyak . report pun tak ada untuk pass bagi manager . so aku ambil kesempatan untuk online facebook . hee . . macam company sendiri pula , suka hati je nak online time kerja .

facebook di on . huh ! okay notification banyak sangat , superb like from my bff . cik nana . all status update and picture dia like . hee . . memang rajin betul dia like semua yang ada .

mmm . . oleh sebab aku pun free . so kononnya nak "boom" timeline dia balik . kebetulan aku pun free . dalam tengah stalk timeline nana and like apa yang ada . . . terperasan seorang hamba ﷲ ni haa dekat satu status update nana . err dia punya status tentang makan cendol je tapi . . . oops , terjatuh hati pula . haha .

dalam hati , siapalah mamat ni . tok dalang . hee . . his smile sangat manis . luluh jantung ooo . okay , gedik sikit . tengok chat , nana online . terus tanya nana . siapa tok dalang tu . eheh !

nak kenal ! nak kenal ! tak peduli dah dia ada gefen or tak , nak kenal juga ! hee . . .

lepas pada chat dengan nana hari itu , lama juga tak contact sebab aku busy . sampai lupa yang aku nak kenal dia . sampailah aku masuk office balik lepas cuti raya puasa . huh , memang lama sangat ni . dari sebelum puasa sampai dah habis raya pun . tak kenal lagi dengan dia .

dalam kesibukan kerja , sempat lagi online . nana upload gambar berhari raya dia dengan si tok dalang tu . huh , cair kot . manis gila senyuman dia . haha . cepat-cepat tanya nana bab nak kenal yang tertunda tu . haha . nana suruh add fb dia . so aku add lah . tunggu dia . ikut hati aku memang aku tak add lah , nak kenal punya pasal , aku add juga .

aku rasa nana pun rimas kot bila aku tanya bila dia nak approve fb aku . hee . . bila dia dah approve , sah-sah lah happy kan . tapi rasa menyampah bila dia ni , berlagak sangat . complain dekat nana , tapi nana cakap tak . baik . eh ! nana ni rabun ke apa ? berlagak sangat kot .

nana lebih kenal dia kan . so okay . aku minta no phone dia . tapi tak contact pun . buat hiasan . aku maxis . dia celcom . haha .

rupanya kan . . dia ni sebenarnya penyanyi dikir barat . boleh tahan famous lah dekat kelantan . aku memang tak kenal lah sebab aku mana minat dikir barat . dalam hati , wahhh hebatnya nana . kawan dengan artis kot . haha .

mmm . . lepas dapat no phone dia , aku tak contact dia dah . tapi selalu juga stalk facebook dia . sampai curi gambar dia kot , buat dp skype . meroyan .

aku curi gambar ni . haha

oleh sebab selalu stalk fb dia . . saja tanya nana , dia single . bila dapat jawapan single . memang rasa ni lah peluang aku kan . haha . 

but . . dia kelantan , aku penang kot ?
macam mana nak mengorat neh ? haha oops ! gedik sikit . hee

ini kali pertama aku gila sebegini rupa . huh !
okay . aku pilih untuk resign , balik kelantan . plus dah lama tak balik . apa salahnya balik stay with family pula kan ? tak salah kot keputusan ni .

ya ﷲ permudahkanlah segala urusan aku . aamiin .

debu habuk di blog


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

my blog !!! lama tak update !
dah sakan berhabuk , bersawang bagai . hohoho , kesian blog !

okay , nak share stories apa ya ? banyak sangat actually , but part paling best is i'm in love . . akan diusahakan untuk mencari waktu free untuk menaip panjang lebar , bila dah terlalu lama tak jadi macam A Samad Said , menulis panjang ni rasa macam malas pula . but don't worry aku akan bercerita juga tentang i'm in love . macam best kan ? aku sendiri teruja sebenarnya .

actually ramai yang PM on facebook , whatsapp , wechat , text message aku and their try best to know my man , my love sebelum ini but malangnya masa tu aku single lagi . and now , dah tak single dah . happy . teruja . bangga . finally dah siap mungkin cerita cinta yang ﷲ  karang untuk aku . i will open few story about him yang berjaya menawan hati aku , but not today .
stay tuned ! ala-ala suspend lah pulakkan ? sabar .

by the way nak share jugaklah , bila dah lama tak wujud dekat blog . my birthday on four october baru-baru ini seriously tak best langsung . tak celebrate . without party and present . sedihnya . untuk pertama kalinya tak celebrate birthday aku . kesiankan ? apa pun semoga aku panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu . إِنْ شَاءَ اللهُ . doa untuk diri sendiri .

latest story : aku resign from asadi malaysia - ini yang perlu dan patut di share after menghilangkan diri dari blog . aku dah resign dah . bukan sebab malas tapi resign untuk apa yang aku nak . plan after resign akan di fikirkan kemudian . relax sampai habis tahun kot . tinggal beberapa bulan je lagi . sabar jelah .

ps : so wait for another entry post .