ada masanya kita perlu bersendirian


agak lama blog aku tidak terusik . bukan sahaja tidak terusik malah tidak dijenguk langsung . kejamkah aku ? mmm . . biarkan . sebab hanya blog ini yang lebih faham apa sebenarnya yang berlaku . sebab hanya blog ini yang sangat setia mendengar setiap luahan isi hati tuannya . seriously aku akan ajak couple or maybe kahwin terus kalau blog ni manusia . biar buruk , asal setia .

tidak terusik , tidak bermakna tidak sayang .

kawan atau rakan merupakan orang yang kita kenal dia dan dia mengenali kita . sahabat pula , sama seperti kawan tapi lebih rapat dengan kita . sahabat ialah orang yang tahu keburukan kita tetapi masih mahu berkawan dengan kita dan cuba mempertahankan kita daripada keburukan kita sendiri . tetapi kawan pula ialah orang yang tahu tentang keburukan kita , masih berkawan dengan kita namun cuba untuk menjatuhkan kita dengan berpelurukan keburukan kita .

dan aku punyai ramai kawan . dilaman social sahaja jumlahnya lebih dari seribu orang . tapi sahabat aku dilaman social tak lebih dari 20 orang . seriously .

hari itu , aku memilih untuk mengasingkan diri . lari dari dunia realiti . angkat kaki dari dunia fantasi . lari dari twitter , lari dari facebook . lari dari bernafas dalam ego sendiri . jika diizinkan aku mahu lari dari diri sendiri . . kerana aku mahu dianggap loser .


sebab itulah bersendirian menjadi pilihan hati . loser sejati yang mengasingkan diri . cinta aku diragut pergi . laptop pula dibiarkan sepi . kenderaan persendirian memang tak ada , hee . telefon bimbit dibiarkan tiada bateri . . akhirnya yang dipilih tidur sepanjang hari . makan nasi tidak berasa nasi sampai air ribena di tekak pun terasa basi .

ada sahabat yang nampak perubahan yang berlaku . mereka memanggil , menghulurkan pelampung semasa aku terkapai-kapai . tapi aku menolak . aku mahu berenang sendiri . biarlah lemas sekalipun . maaf , tapi terima kasih sahabat .

hanya ini caranya . walaupun ramai kawan . . ada masanya kita lebih suka bersendirian . dan saat itu , satu perasaan akan muncul . satu semangat akan timbul . perasaan magic dimana kita merasai kemanisan kesedihan . semangat selepas kita termenung jauh , menangis dan melepaskan semua pergi .

perasaan seorang loser yang bangkit dalam kelemahan . perasaan seorang yang tidak menyerah kalah walaupun di ambang kekalahan . bagaikan sebuah pasukan yang bermain dengan kekurangan seorang pemain dan ketinggalan satu gol ketika berhadapan pasukan terbaik dunia . . .

dan selepas itu , kita akan bangun sendiri . membina kehidupan baru yang pada asalnya sebuah kegagalan . kerana setiap pengakhiran adalah sebuah permulaan yang baru . dan kita belajar dari kesilapan .

you can say i am a loser but sometimes a loser wins . .


No comments: