dan disebalik itulah . . .

disebalik kekecewaan disitulah harapan . disebalik kesedihan disitulah ketenangan . disebalik kepahitan disitulah kemanisan . disebalik kekesalan disitulah keinsafan . disebalik kekhilafan disitulah pengajaran . disebalik kebencian disitulah kasih sayang . disebalik kepalsuan disitulah kebenaran . disebalik ketidak sempurnaan disitulah permulaan . .

dan . . . . . " disebalik " itulah segala bentuk ujian kesabaran .

rezeki dari ﷲ

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

hee . . agak lama tak update entry kan ?
bukan sebab busy tapi mood nak share about my life and so on tu tak berapa nak ada kot ?

lately ni , selalu saja di tanya bab-bab yang jawapannya di tangan ﷲ . . .

" bila nak kahwin ni "
" bila ? bila ? "

ada juga yang bertanya dengan senyum sindir . tak kurang juga yang bertanya seolah-olah tak boleh nak terima hakikat , kenyataan yang pasangan se " romantic " aku dan encek nurse ni macam tak nak melangkah lagi satu anak tangga untuk ke kehidupan baru .

haishhhh , macam rezeki untuk ke arah itu kami sendiri pula yang tentukan ye ?

" aku baru nak menjengah masuk 23 tahun . . muda lagi tu , hee "
" urusan ﷲ . . jangan masuk campur . cepat atau lambat , nanti sampailah masanya tu "

ada yang sampai umur 40++ pun masih belum berkahwin , ini kan pula aku yang baru nak menjengah 23 tahun . tak perlu sibuk-sibuk dengan urusan ﷲ .

mmm . . nak kata aku ini terlalu kuat untuk menjawab soalan sebegitu , macam tak juga . rimas adalah kot ? haha . nak kata terlalu lemah untuk menghadapinya . . اَلْحَمْدُلِلّهِ kerana ﷲ masih mengurniakan kesabaran yang tinggi . hee . .


أستغفر الله . . . to be honest ya !
pernah juga terfikir , kenapa itu dan ini . . . bila melihat orang sekeliling dah melangkah setapak ke alam baru . bukanlah aku cemburu tapi waktu itu persepsi orang sekeliling macam terlalu penting berbanding redha ﷲ . berbanding dengan qada' dan qadar ﷲ . . berbanding dengan ketetapan ajal , rezeki dan jodoh dari ﷲ .

* * * * * * * * * *

buat masa ini . . . doa , usaha dan tawakal . keyakinan yang tertanam jauh berbeza . ﷲ turunkan rezeki tidak terlalu cepat atau terlalu lambat . . namun ia datang tepat pada masa . . إِنْ شَاءَ اللهُ .

tahu kenapa ? kerana ianya sesuatu yang paling malah dan anugerah yang terindah dari ﷲ .
ﷲ tak mungkin menguji hamba-Nya melebihi kemampuan hamba itu sendiri . ﷲ hantarkan ujian dan ﷲ jugalah yang hantarkan penawar serta kemanisan dalam setiap kesabaran .

sesungguhnya rezeki itu dari ﷲ .
wassalam .