cantik

ada satu benda yang aku tengok hari-hari dekat facebook and news paper . iklan product kecantikan . macam-macam product diiklankan . tak kiralah luaran ke dalaman ke . kurus tanpa pantang makan . putih dalam masa tak sampai sebulan . kembali dara . dan sebagainya lagi . targetnya tak lain tak bukan , perempuan .

aku bukan nak kata product yang di jual tak bagus or menipu . aku pun ada juga beli dan jadi salah satu pengguna di Malaysia ni .

cuma aku tetap rasa . . .
nak cantik dalam masa yang teramat singkat sebenarnya makan masa yang lama . nak kurus juga perlukan disiplin yang berlipat ganda . ini apa yang aku rasalah .

kawan aku ada kata , bulan puasa adalah waktu yang paling tepat nak kuruskan berat badan sebab seharian tak makan . tapi aku tak pasti sebab bila aidilfitri menjelma , bolehkah dia menolak semua hidangan ? nampak macam semua telan . makanan sedap-sedap kot >.< well , terpulang pada dia sebab dia punya badan .

tak kisahlah apa product yang digunakan tapi biarlah berpada-pada . aku memang obsessed nak cantik tapi tak adalah macam nak menjuk dekat semua manusia . semua orang nak cantik . tapi pernah tak cuba tanya diri kita , kita nak cantik untuk apa dan untuk siapa ?

" aku nak cantik untuk puaskan hati sendiri . . . "

lelaki

dia . lelaki yang pernah menyentuh hati aku . dia tunjukkan sisi lemah seorang lelaki . dia cerita tentang kekasih lama yang pergi meninggalkan dia . berkongsi segala cerita sehingga kami semakin rapat , mengenal hati budi . akhirnya pada satu malam kami menjadi lebih dari seorang kawan . aku terima kerana kagum dengannya .

tanpa sedar , saat bersama . ada pula orang lain yang muncul . tetamu tidak diundang , merosakkan hubungan kami . hati dia yang terbuka menerima dua tetamu dalam satu masa . akhirnya aku diputuskan begitu saja . baru sedar , dia mungkin terima aku bukan kerana cinta . tapi sekadar melepaskan sepi yang dia rasa .

ps : lelaki - Yuna