lelaki

dia . lelaki yang pernah menyentuh hati aku . dia tunjukkan sisi lemah seorang lelaki . dia cerita tentang kekasih lama yang pergi meninggalkan dia . berkongsi segala cerita sehingga kami semakin rapat , mengenal hati budi . akhirnya pada satu malam kami menjadi lebih dari seorang kawan . aku terima kerana kagum dengannya .

tanpa sedar , saat bersama . ada pula orang lain yang muncul . tetamu tidak diundang , merosakkan hubungan kami . hati dia yang terbuka menerima dua tetamu dalam satu masa . akhirnya aku diputuskan begitu saja . baru sedar , dia mungkin terima aku bukan kerana cinta . tapi sekadar melepaskan sepi yang dia rasa .

ps : lelaki - Yuna

No comments:

Post a Comment