permulaan yang sebenar

dalam sedar tak sedar , cepat masa berlalu sebenarnya .
terlupa pada waktu , jam dan tarikh . . kadang-kadang membuatkan aku terpaksa mengakui yang aku ini memang jenis yang gila kerja agaknya . hidup ini memang singkat . kita melangkag namun kadang-kadang kita tak sedar if kita toleh ke belakang kita ini macam semakin menghampiri masa silam . bukan masa depan .

masa silam banyak mengajar kita erti keperitan untuk terus melangkah dan sedikit demi sedikit kita akan nampak yang didepan kita itu sebenarnya cerah . even tak secerah langit siang namun masih mampu untuk senyum . dengan harapan apa yang pernah musnah sebelum ini akan dikembalikan semula sekarang . bina kehidupan yang baru .

hari ini . berbeza dengan masa lalu . sekarang memerlukan kekuatan untuk terus hidup . kekuatan ini kita kena cari dalam diri kira sendiri . selami hati kita .

hidup ini roda . jalan dan biarkan saja segala masalah berputar . renung dan telan sakit yang ada kerana kita hanyalah manusia biasa . tak akan kemana jika tanpa rasa sakit dijiwa . kuat bukan dari fizikal tapi minda . kental bukan dimulut tapi hati . dan keredhaan bukan di mata .

dan aku . . .
menilai kehidupan manusia dari sudut manusia biasa . maka kena terima segala kekurangan yang ada didunia . sedar akan mereka yang nampak sempurna itu juga adalah manusia yang tak sempurna . lumrah manusia , tiada yang sempurna .

maka , perlahan-lahanlah meniti hari bersulam bahagia . derita . harapan .
sampailah kita sendiri sedar dan tidak sedar yang kita berjaya dapatkan apa yang kita impikan . selama ini .

doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah . membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan .

No comments: