S I N G L E : Pelikkah ?


S I N G L E
adakah pelik bila aku single ? mmm . yup ! aku single . two years already . boring ? mmm . . tak merasa bosan bila adanya kawan-kawan aku disekeliling aku biarpun aku tak ramai kawan sebab sikap aku yang bukanlah suka sangat nak berkawan ( memilih dalam berkawan , bukan semua orang kita boleh percaya kan ? hee )

tak akan pernah rasa bosan bila aku seorang yang workaholic or erti kata lainnya gila kerja . ramai yang tak percaya bila aku kata aku single . semua akan cakap aku berbohong especially lelaki . pelik sangat ke bila aku single ?

adakah aku sedang mencari . . tak pun . aku tak pernah mencari . ada alasan aku sendiri kenapa tak pernah mencari . by the way aku ada satu rahsia yang bakal tak jadi rahsia bila aku share dekat blog aku ni . masa kecil-kecil dulu aku berangan nak jadi stewardess . kononnya nak kahwin dengan pilot . lagipun pilot-pilot ni kan handsome . haha . bertuah badan kalau dapat kahwin dengan pilot , tercapai impian . but malangnya , aku tak jadi pramugari sebaliknya "sales admin" - sampai sekarang ni aku masih dengan impian aku untuk kahwin dengan pilot . hebatnya angan-angan aku . pernah berpeluang untuk jadi pramugari but masa tu aku terlalu busy menguruskan kerja lain so terpaksalah korbankan . tak apalah ada rezeki satu hari nanti , adalahkan ? semua di tangan ﷲ . sabar .

kenapa single ?
serik bercinta eh ?
macam bohonglah kalau tak ada yang nak awak ?
awak tu memilih sangat agaknya ?

huh , itulah antara persoalan-persoalan yang sering ditanya bila aku jawab soalan mereka yang aku single . apa yang pelik bila aku single ? mmm . . kenapa aku single sampai dua tahun lamanya rasanya dah terjawab tadi . aku tidak pernah mencari . bukanlah serik bercinta , tapi mungkin sebab ﷲ sedang menulis jalan cerita cinta yang baru dan yang terbaik untuk aku . so dibiarkan aku single terlebih dahulu . merawat luka yang terdalam kot ? haha .

bila bekerja aku admit masa aku untuk keluarga aku , kawan-kawan aku yang tak berapa nak ramai  tuu kan , teramatlah singkat . tak ada masa sangat untuk mereka . terlalu busy . perdana menteri pun rasanya tak terlalu busy macam aku . bila dah bekerja ni tersangatlah susah untuk aku pandang benda lain . contoh terdekat love love love ini lah . memang aku tak pandang langsung . bukanlah tak ada yang cuba untuk tackle aku . ada ramai . . bukan nak perasan ye , satu fakta ni . . hahaha , tapi yang ramai tu kebanyakan pekerja bawahan aku sendiri , yakni pekerja asing . bangla dan nepal . jangan gelak . itu kenyataan . lelaki melayu adalah juga but suami orang . jenis yang tak berjenis pun ada . so reject . better aku focus pada kerjaya aku .

bukanlah aku terlalu memilih siapa yang patut jadi kekasih hati aku dan siapa yang tak patut untuk jadi kekasih aku . aku tidak pernah meletakkan sebarang taste aku untuk lelaki . tapi aku memerlukan lelaki yang boleh bimbing aku untuk masa depan . bukan untuk sehari dua , tapi untuk selamanya . jadi aku tak ada nak letak atau pilih lelaki yang handsome , kaya or sebagainya yang menjadi pujaan ramai wanita masa kini . cukuplah dia boleh menerima aku seadanya dan aku juga akan terima dia seadanya . إِنْ شَاءَ اللهُ . nobody perfect . so aku tak berhak dan tak ada hak langsung untuk memilih kerana jodoh di tangan ﷲ .

single is awesome . .

Eid 2013


Eid 2013 : 3rd Syawal dah masa ni

Firstly , Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Dikesempatan ini nak ambil peluang menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat , baik mengenali mahupun tidak mengenali . Ampun dan maaf dipinta sempena hari raya aidifitri bagi tahun ini . Harap dimaafkan , halalkan segalanya . 0-0 lah ye ?

Even sekarang ni telah pun berada di penghujung bulan syawal tapi mood nak beraya tu masih ada kan ? Hari raya ni macam biasalah , menu wajib like lemang , ketupat mesti ada kan ? Memang tak sah kan ? Plus baju , kasut , handbag mesti semua nak baru . Kopaklah duit mama papa . Semua dalam rumah pun semua kalau boleh nak baru jugakan ? Meriahnya raya !!!

Hmm . . . syawal ke tujuh dah kena masuk kerja balik . Alamak ? tak best rasanya , orang lain still beriang ria raya , but aku ? Dah sibuk mengadap report and sales . Manager dah menjeling dah sebelum raya hari tu sebab nak minta cuti lama sangat . Sebelas hari aku cuti . Macam company tu aku punya lak kan ? Apa pun اَلْحَمْدُلِلّهِ , dapat cuti juga walau syawal ke tujuh dah masuk kerja balik .

And now nak share fews picture time hari raya baru baru ini . . tak baru sangat lah bila sekarang ni pun dah berada di penghujung syawal . Memori yang tak kan pernah hilang . akan dikenang sampai bila-bila . إِنْ شَاءَ اللهُ


 

Cukuplah kot kan ? haha .
Kehangatan berhari raya masih lagi terasa bila berpeluang beraya bersama kawan aku yang dari sekolah rendah . Seriously aku sendiri dah lupa siapa mereka . Memory lost . Masa kecil-kecil dulu comot . Sekarang semuanya dah makin lanjut usia , macam mana nak cam mereka kan ? Apa pun bahagia bila dapat bertemu kembali lepas sekian lama tak jumpa . 





Semoga bertemu lagi di syawal tahun akan datang . إِنْ شَاءَ اللهُ  bertemu kembali seandainya tuhan mengizinkan . Selamat hari raya maaf zahir dan batin sekali lagi ye . Ampun maaf dipinta dari hujung rambut sampai hujung kaki .

السلام عليكم . . .

Hatter is our biggest admire

Haishhh . . ada sahaja orang yang attack dan cuba untuk busukkan nama aku kan ? Merata-rata pulak tu . But , ehem ! ehem !! Aku tak rasa tergugat pun tapi cuma rasa agak terkilan kenapalah masih wujud manusia seperti ini ya ?


If you think lah berada dekat tempat aku ni sangat easy and happy . . sampai sanggup nak busukkan nama aku sebab rasa iri hati dengan aku , aku dengan rela hati nak bagi you satu peluang . Err . . banyak kali peluang pun tak apa kot ? Untuk merasai kehidupan aku , jadi diri aku . Aku rasa satu jam pun dah tak mampu nak bertahan jadi diri aku , rasa kehidupan aku .

Bermain dengan kata-kata memang mudah bagi sesiapa pun . .
Kesian aku tengok dengan sesetengah manusia yang mengalami tekanan perasaan berlebihan bila melihat usaha yang aku buat , also benda yang pelik-pelik berhasil . Awak sebenarnyakan secara tak langsung buat aku kagum dengan usaha aku sendiri . Especially bila apa yang aku buat berhasil dan mampu menarik perhatian manusia perfect macam awak . tau ?

Taniah untuk diri aku sendiri . haha . Keep it up ( thumbs up )