Eid 2013 : 3rd Syawal dah masa ni |
Firstly , Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Dikesempatan ini nak ambil peluang menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat , baik mengenali mahupun tidak mengenali . Ampun dan maaf dipinta sempena hari raya aidifitri bagi tahun ini . Harap dimaafkan , halalkan segalanya . 0-0 lah ye ?
Even sekarang ni telah pun berada di penghujung bulan syawal tapi mood nak beraya tu masih ada kan ? Hari raya ni macam biasalah , menu wajib like lemang , ketupat mesti ada kan ? Memang tak sah kan ? Plus baju , kasut , handbag mesti semua nak baru . Kopaklah duit mama papa . Semua dalam rumah pun semua kalau boleh nak baru jugakan ? Meriahnya raya !!!
Hmm . . . syawal ke tujuh dah kena masuk kerja balik . Alamak ? tak best rasanya , orang lain still beriang ria raya , but aku ? Dah sibuk mengadap report and sales . Manager dah menjeling dah sebelum raya hari tu sebab nak minta cuti lama sangat . Sebelas hari aku cuti . Macam company tu aku punya lak kan ? Apa pun اَلْحَمْدُلِلّهِ , dapat cuti juga walau syawal ke tujuh dah masuk kerja balik .
And now nak share fews picture time hari raya baru baru ini . . tak baru sangat lah bila sekarang ni pun dah berada di penghujung syawal . Memori yang tak kan pernah hilang . akan dikenang sampai bila-bila . إِنْ شَاءَ اللهُ
Cukuplah kot kan ? haha .
Kehangatan berhari raya masih lagi terasa bila berpeluang beraya bersama kawan aku yang dari sekolah rendah . Seriously aku sendiri dah lupa siapa mereka . Memory lost . Masa kecil-kecil dulu comot . Sekarang semuanya dah makin lanjut usia , macam mana nak cam mereka kan ? Apa pun bahagia bila dapat bertemu kembali lepas sekian lama tak jumpa .
Semoga bertemu lagi di syawal tahun akan datang . إِنْ شَاءَ اللهُ bertemu kembali seandainya tuhan mengizinkan . Selamat hari raya maaf zahir dan batin sekali lagi ye . Ampun maaf dipinta dari hujung rambut sampai hujung kaki .
السلام عليكم . . .
السلام عليكم . . .