notes for gentleman .
untuk lelaki lebih mengenali wanita . tak susah nak faham seseorang perempuan itu sebenarnya tapi lelaki selalu pening . pening kenapa perempuna macam ini , macam itu . terkadang menyusahkan . talk too much and cerewet . . kan . .
- perempuan sebenarnya , bila dia jatuh cinta pada seseorang lelaki . . tak semestinya lelaki itu kena ada segalanya . sebabnya bagi perempuan lelaki itu adalah segalanya .
- lelaki tak suka perempuan menangis kan . . tapi sebenarnya perempuan menangis bukan kerana lemah , tapi air mata yang mengalir tuu kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu .
- bila perempuan marah dan tak mampu mengawal perasaan dia . . sebenarnya dalam marah dia masih mengambil berat dan sayang .
- perempuan cerewet bukan nak bagi lelaki rimas tapi untuk lelaki lebih kenal dia .
- bila perempuan kata mahu lelaki berubah , bukan dia tidak menerima seadanya tapi dia mahukan yang lebih baik . bukan untuk diri dia , tapi untuk masa depan bersama .
- perempuan cemburu bukan tidak sayang , tapi terlalu sayang dan takut kehilangan lelaki yang disayang .
- merajuk bukanlah mengada-ngada , bukan mahu dipujuk dengan hadiah tapi cukuplah perhatian dan rasa dihargai .
- adakalanya perempuan terlalu risau kalau lelaki khianati perasaannya .
- perempuan jarang menyatakan "i love you" , bukan bermakna dia tidak mencintai lelaki tapi nak lelaki yang merasai sendiri cintanya .
- bila perempuan menyatakan dia "rindu" . . itu sememangnya dimaksudkan olehnya .
- bila perempuan berkata ada lelaki lain yang lebih baik darimu , jangan percaya . kerana dia hanya menguji . kalau lelaki lain lebih baik kenapa dia masih bersama kamu . renungkan .
- selagi kamu dengannya , biarpun ramai lagi yang lebih baik . . percayalah mata hatinya hanya melihat kamu yang terbaik .
- bila perempuan berkasar bukan dia bermaksud begitu , cuma sekadar mahu melihat sejauh mana penerimaan kamu . hati perempuan lembut .
- "tolong tinggalkan saya" , perempuan tidak ada maksud untuk berkara begitu . dia cuma mahu menenangkan hati . percayalah , bila sudah okay dia pasti mencari kamu lagi kerana masih cinta . perempuan susah untuk kawal perasaan .
- sememangnya telah diciptakan lelaki dan perempuan itu berbeza tetapi akan saling memahami , melengkapi dan menyempurnakan antara satu sama lain .
- perempuan diciptakan sangat indah . disebalik air mata tersimpan seribu kekuatan . yang mampu menjadikan lelaki selamat bila bersama . bair nampak lemah tapi ada kekuatan tersendiri . lelaki lemah hanya kerana perempuan . . . .
semakin sayang perempuan pada lelaki , semakin banyak terjadi sesuatu yang tak diingini . kerana tuhan menguji . sentiasa menguji . bersabarlah . jangan ambil keputusan terburu-buru tanpa berfikir panjang . kerana disebalik setiap ujian pasti ada sinar kebahagiaan .
hargailah seseorang perempuan dalam kehidupan anda kerana peremnpuan didatangkan bukan dengan kelemahan tapi juga kekuatan untuk menyokong dan membuatkan hidup anda lebih sempurna .