hmm ?

pukul tiga pagi handphone aku duduk berkumandang lagu Thief by Mark Adam . ada panggilan dari seorang kawan perempuan . aku di persimpangan . if answer call , kena layan . if tak answer call tuu rasa macam serba salah pula . manalah tahukan dia perlukan pertolongan dari aku . dekat tv , depan aku sekarang cerita CSI NY , cerita kegemaran aku .

hampir sepuluh saat aku bergaduh dengan perasaan sendiri sama ada nak jawab call itu atau biarkan sepi tanpa dijawab . finally , aku answer call tuu . sebaik aku angkat je , terus aku dengar esakan . dia cakap "hello" pun tersekat-sekat dan perlahan . lepas aku tanya ada apa , terus dia meraung macam kena rasuk syaitan . dengan aku-aku sekali ketakutan . aku cuba untuk tenangkan dia dan keadaan . aku suruh dia kosongkan fikiran . tarik nafas dan kemudian ceritakan pada aku apa yang berlaku .

dia diam seketika . kemudian tarik nafas sedalam-dalamnya . . . . dia kata dia putus cinta . boyfriend dia tinggalkan dia . terkejut aku dibuatnya . setahu aku merekalah couple paling terbaik . tak pernah bergaduh untuk hal yang remeh or cemburu buta . masing-masing sangat memahami antara satu sama lain .

kenapa . . . aku tanya dia .

dia mula bercerita . dia kata bofen dia ajak dia "beromen" bila mereka keluar dating nanti . bofen dia siap bagitahu dia yang dia dah cari tempat selamat tanpa gangguan sesiapa . tapi dia menolak ajakan bofen dia serta merta sebab dia tak suka . bagi dia , kena kahwin dulu kalau nak itu semua . bofen dia pun naik angin , marah-marah tak tentu hala . terus bofen dia ceraikan dia . katanya , awek dia kolot dan tak remaja .

sekali lagi dia menitiskan air mata . menangis , meraung . . . .

aku terus menghembuskan semangat saat tangisannya semakin kuat , CSI NY dan aku sama-sama bertahan memerah keringat mencari penyelesaian .

hmm . . . tolong dengar sini wahai gadis-gadis di luar sana . jika seorang lelaki tinggalkan anda hanya sebab anda tolak nak buat seks dengan dia , anda langsung tak rugi apa-apa pun . memang lelaki begitu tak layak untuk sesiapa pun . hanya lelaki bodoh yang akan paksa kekasih doa buat perkara yang kekasih dia tak selesa . sungguhnya cinta yang sempurna terjadi bila ada komitmen dan rasa hormat antara dua manusia yang kemudiannya direnjis rasa sayang dan percaya .

untuk lelaki yang sedang membaca , tolong hormat kekasih anda juga . hormat dan banggalah dengan keputusan dia . buktikan pada dia yang dia satu dalam sejuta . buktikan pada dia yang dia benar-benar istimewa . . .

wanita di cipta untuk lelaki jaga seperti Adam menjaga Hawa . 
pertahankan dia , bukan jahanamkan dia .

aku bukanlah baik sangat . bukan nak tunjuk baik . cuma menasihati . berdasarkan pengalaman sendiri , juga cerita mereka yang boleh dijadikan satu pengajaran dan di ambil iktibar untuk diri sendiri . think positive .

sesungguhnya aku sedang menasihati kamu , bukanlah bererti aku lah yang terbaik dalam kalangan kamu . bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu . cuma kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri . seandainya seseorang itu menyampaikan dakwah apabila dia sempurna , nescaya tidak akan ada pendakwah , orang yang memberi peringatan - Imam Hassan Al Basri . . .

ps : bercerita dengan air mata lebih mudah dirasa berbanding dengan kata-kata . . . . .

semua kerana ﷲ

kerana ﷲ kita bertemu . kerana ﷲ kita berkenalan . kerana ﷲ kita bermesra . kerana ﷲ kita jatuh cinta . kerana ﷲ kita saling menyayangi dan melindungi antara satu sama lain . kerana ﷲ kita bahagia . kerana kita berdoa kepada-Nya . . إِنْ شَاءَ اللهُ kita akan kekal abadi . آمِّينَ  . .

si dia curang ? tak rugi pun sayang !

cc to member yang sedang patah hati sebab ditinggalkan kekasih dia .
hee . .

normally , pasangan muda yang bodoh sangat main curang-curang ni tau . hee . . sorry to say lah . seriously mana yang tak matang or belum capai tahap serious in relationship yang selalu curang sebenarnya .

hee . . sekarang ini bukan nak cakap pasal curang untuk yang "cinta monyet" but now nak cakap pasal couple yang dah matang . means yang dah boleh fikir baik buruk , yang mana serious . . yang mana couple dibawa sampai kahwin lah .

notes to gadis-gadis . . 
hey ladies , actually kan you all dah buat yang terbaik .
you sayang dia , setia kat dia , tak pernah buat anything yang tak patut , try jadi yang terbaik untuk dia tapi si dia tetap pergi tinggalkan you untuk perempuan lain ?

maka , please jangan risau . sedih bagai . itu maknanya Allah SWT nak bagi lelaki yang lebih baik dekat you . SMILE .

kalau you masih sedih , sibuk nak dapatkan lelaki itu balik . .
cuba fikir baik-baik !
nak ke lelaki yang curang seperti itu dijadikan suami ?
sah-sah nanti bila dah kahwin senang sangat dapat madu . hee . . .

ﷲ SWT tahu apa yang terbaik untuk kita . maybe ﷲ pertemukan kita dengan orang yang salah supaya nanti satu hari , akan bertemu lelaki yang betul-betul sesuai dan menyayangi kamu . bukan untuk sementara but forever and after . tau ?

memang ﷲ sengaja mempertemukan kita dengan orang yang salah supaya kita boleh jadi penilai yang terbaik .

jangan nak rasa frust sangat-sangat bila si dia tinggalkan kita . sebab sebenarnya dia yang rugi . bukan kita . kita dah cuba jadi yang terbaik untuk dia . sayang dia . faham dia . tapi dia tak hargai ?

dia lah manusia yang sangat rugi sebab dah tinggalkan orang yang tak akan pernah tinggalkan dia . dia mengejar kaca yang mungkin akan buat dia terluka satu hari nanti . walhal dia ada permata di gengaman .

cewahhhh berkias sikit !
so , your boys curang ? kita tak rugi sayang , mereka yang rugi .

more about . . ME


umur semakin meningkat , pastinya banyak perubahan yang berlaku kan ? dari kebudak-budakan mungkin menjadi lebih dewasa . dari dewasa mungkin lebih matang . begitu jugalah aku . bila melihat gambar-gambar lama , mesti terfikir betapa banyaknya perubahan yang berlaku .

A Y U E A Z M I

so terasa nak share lah beberapa fakta yang baru muncul dalam diri aku . kot ? hee . .
  • memang mempunyai kata hati yang sangat kuat , dan itulah yang menjadi penyelamat aku kot ? . . . hee *
  • suka " perasaan " yang wujud bila gelak kuat-kuat sampai tak boleh bernafas dan keluar air mata . bahagia .
  • memang jenis yang bukan penyabar . semua tahu itu kan ? haha *
  • begitu hiperaktif ?
  • segalanya mahu dilakukan dengan pantas . . hehe *
  • suka bila ramai orang yang memberikan perhatian pada aku . . manjakan ? *
  • macam dah bijak berhadapan dengan masalah . . think more positive kot ? hee *
  • hmm . . setiap langkah dan keputusan mesti difikirkan sebaiknya dulu !
  • selalu pening bila tengok bilik tidur aku berselerak dengan sendirinya sedangkan aku dah jaga sebaik mungkin .
  • selalu sebut " i am okay " walaupun sebenarnya " aku sangat tak okay " sebab malas nak explain apa yang dirasa , malas nak explain apa yang difikirkan , malas nak explain apa yang berlaku . 
  • tak faham kenapa ada orang sangat obses dengan artis korea ? ? aku tak minat pun .
  • tak suka bila ada orang kutuk-kutuk siapa dia untuk aku . aku lagi kenal dia okay . hee . .
  • tak pernah rasa bosan bila lepak dengan kawan-kawan yang sama .
  • sampai hari ini aku tetap tak tahu kenapa masa seakan cepat berlalu bila berlaku benda yang menyeronokkan tapi benda bosan berlalu dengan masa yang sangat perlahan .
  • suka gengam tisu ditangan masa tengah makan , especially kalau kat kedai makan / restaurant lah .
  • tahap " matured " aku berubah-ubah . bergantung dengan siapa aku bersama masa itu . kalau dengan kawan-kawan macam kurang sikit matured tu . tapi kalau berdua dengan si dia , matured tu jadi miang rasanya . haha 
  • tak suka bila aku buat sesuatu hanya untuk orang yang aku sayang tapi dia tak pernah perasan benda yang aku buat .
  • tak tahu kenapa ada benda yang aku rasa selesa cerita dekat kawan baik aku tapi akan jadi janggal bila aku cerita dekat orang lain .
  • tak suka menyesal dengan benda yang dah lepas sebab banyak lagi benda menarik di masa akan datang .
  • tak suka add / approve friend dekat facebook kecuali ada hal penting . bukan sombong . malas . hee . . .
  • tak suka manusia yang selalu berfikiran negative . open your mind , please !
  • i only say " i love you " when i really love you .
  • kalau boleh nak saja bunuh beberapa manusia dalam dunia ini tapi sebeb membunuh itu satu kesalahan , jadi terpaksa pendam saja perasaan dan bakat yang ada ini . haha !

hee . . siapa lebih cantik ?

btw , hello february * feels excited !

mmm . . siapa lebih cantik ? perasan cantik ? 
terserempak dengan a friend of mine ~
we chit chat sekejap dekat kedai roti dalam sebuah mall . well , kawan aku ni sememangnya cantik . kenal pun dah lama . dari first kenal , dia memang selalu cerita macam mana dia maintainkan kecantikan dia yang ala-ala cina / jepun / korea gituu kan . memang cun lah kiranya .

niat dia memang baik . nak share tips . . so then nanti aku yang selekeh , comot dari pandangan dia ni boleh la try krim-krim yang dia pakai kan ? tapi . . . kalau hari-hari cakap orang puji macam ini , macam itu . . err aku pun naik rimas . bukan jealous , tapi entahlah . faham sendirilah kan ? dari niat nak share tips aku nampak macam riak pula budak ni .

hmm . . abaikan . nak dijadikan cerita , masa aku terjumpa dia dekat kedai roti ni kan . adalah satu customer cina ni , tengah bercakap dengan kawan aku ni kan . kembang kempis hidungnya . aku senyum jelah . dalam hati dah boleh agak what will happen next . dan tekaan aku tu sememangnya tepatlah kan ?

" eh buat apa kat sini ? "
" lama tak jumpa kan . bla . . bla . . bla . . "
" maintain kurus"
" eh nampak tak tadi ? cina tu cakap dengan aku ? "
" dia ingat aku cina juga tadi "
" aku guna tuttt and tuttt . . try la guna . hehe "
" semenjak dua menajak ni selalu je orang ingat aku cina "
" pernah kena macam tu tak? "

aku . . . . . haa pernah jugak . orang arab cakap dengan aku . dia ingat aku dah hafal Quraan 30 juzuk !

dan disebabkan keceluparan mulut aku , member aku mengadu dekat kakak dia and kakak dia sound-sound kat timeline muka buku . dengan ini aku minta maaf lah sebab tercelupar dengan adik kakak tu . tak sengaja . ikhlas minta maaf ni . hee . . .