hmm ?

pukul tiga pagi handphone aku duduk berkumandang lagu Thief by Mark Adam . ada panggilan dari seorang kawan perempuan . aku di persimpangan . if answer call , kena layan . if tak answer call tuu rasa macam serba salah pula . manalah tahukan dia perlukan pertolongan dari aku . dekat tv , depan aku sekarang cerita CSI NY , cerita kegemaran aku .

hampir sepuluh saat aku bergaduh dengan perasaan sendiri sama ada nak jawab call itu atau biarkan sepi tanpa dijawab . finally , aku answer call tuu . sebaik aku angkat je , terus aku dengar esakan . dia cakap "hello" pun tersekat-sekat dan perlahan . lepas aku tanya ada apa , terus dia meraung macam kena rasuk syaitan . dengan aku-aku sekali ketakutan . aku cuba untuk tenangkan dia dan keadaan . aku suruh dia kosongkan fikiran . tarik nafas dan kemudian ceritakan pada aku apa yang berlaku .

dia diam seketika . kemudian tarik nafas sedalam-dalamnya . . . . dia kata dia putus cinta . boyfriend dia tinggalkan dia . terkejut aku dibuatnya . setahu aku merekalah couple paling terbaik . tak pernah bergaduh untuk hal yang remeh or cemburu buta . masing-masing sangat memahami antara satu sama lain .

kenapa . . . aku tanya dia .

dia mula bercerita . dia kata bofen dia ajak dia "beromen" bila mereka keluar dating nanti . bofen dia siap bagitahu dia yang dia dah cari tempat selamat tanpa gangguan sesiapa . tapi dia menolak ajakan bofen dia serta merta sebab dia tak suka . bagi dia , kena kahwin dulu kalau nak itu semua . bofen dia pun naik angin , marah-marah tak tentu hala . terus bofen dia ceraikan dia . katanya , awek dia kolot dan tak remaja .

sekali lagi dia menitiskan air mata . menangis , meraung . . . .

aku terus menghembuskan semangat saat tangisannya semakin kuat , CSI NY dan aku sama-sama bertahan memerah keringat mencari penyelesaian .

hmm . . . tolong dengar sini wahai gadis-gadis di luar sana . jika seorang lelaki tinggalkan anda hanya sebab anda tolak nak buat seks dengan dia , anda langsung tak rugi apa-apa pun . memang lelaki begitu tak layak untuk sesiapa pun . hanya lelaki bodoh yang akan paksa kekasih doa buat perkara yang kekasih dia tak selesa . sungguhnya cinta yang sempurna terjadi bila ada komitmen dan rasa hormat antara dua manusia yang kemudiannya direnjis rasa sayang dan percaya .

untuk lelaki yang sedang membaca , tolong hormat kekasih anda juga . hormat dan banggalah dengan keputusan dia . buktikan pada dia yang dia satu dalam sejuta . buktikan pada dia yang dia benar-benar istimewa . . .

wanita di cipta untuk lelaki jaga seperti Adam menjaga Hawa . 
pertahankan dia , bukan jahanamkan dia .

aku bukanlah baik sangat . bukan nak tunjuk baik . cuma menasihati . berdasarkan pengalaman sendiri , juga cerita mereka yang boleh dijadikan satu pengajaran dan di ambil iktibar untuk diri sendiri . think positive .

sesungguhnya aku sedang menasihati kamu , bukanlah bererti aku lah yang terbaik dalam kalangan kamu . bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu . cuma kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri . seandainya seseorang itu menyampaikan dakwah apabila dia sempurna , nescaya tidak akan ada pendakwah , orang yang memberi peringatan - Imam Hassan Al Basri . . .

ps : bercerita dengan air mata lebih mudah dirasa berbanding dengan kata-kata . . . . .