orang boleh kata tapi aku yang rasa

semalam , aku membaca semula beberapa entry lama yang menurut seorang kawan dan merangkap pengkritik setia aku . . katanya entry yang mampu menitiskan air mata . penat juga aku mencari beberapa entry yang ada dalam blog aku ni . satu per satu di baca . entry tentang kehidupan nyata , entry putus cinta . entah ayat mana yang mampu mengundang tangisan dia . aku tak jumpa . tapi ada beberapa comment yang mampu membuat otak cetek ini berfikir dua tiga perkara .

untuk entry putus cinta , ada yang comment ( email to my inbox ) menyuruh aku mencari kekasih baru . satu penghargaan yang tinggi buat orang tersebut yang comment sebegitu . walaupun mustahil untuk mendapat cinta yang baru dalam masa yang singkat tapi katanya tak salah aku mencuba . tapi sejujurnya aku tak dapat perasaan itu . walaupun hati dalam dada ini milik aku , mustahil kalau aku nak paksa hati ini untuk menyukai mana-mana lelaki lain kalau hati ini sendiri yang tak mahu . anda boleh nampak segala yang berlaku . anda boleh baca semua yang tertulis di situ . tapi . . . rasa itu hanya orang yang menanggungnya saja yang tahu .

tapi sebenarnya , comment yang sebegitu aku perlukan dalam beberapa entry . comment yang memberi setitis harapan kepada insan yang lemah ini . aku terjatuh bila cinta aku terputus talinya . dan jika aku melihat dia sudah ada pengganti mungkin akan membuat aku terjatuh lagi . terhenti tanpa diakhiri . dan comment-comment itulah yang buat aku bangun kembali . walaupun aku jatuh 100 kali , comment itu mampu membuat aku bangkit semula untuk yang ke 101 kalinya .

semangat ayu ! semangat !!
follow your heart . even thought it's on your left , it's always right .

pentas dunia blog sama lakonannya di dunia nyata . kawan baik sendiri ada kalanya tidak memahami apa dalam hati kita . bukan salah dia . dia bukan ada kuasa membaca pemikiran manusia . tragedi berbeza pendapat itu memaksa suara ini ditinggikan . mereka boleh kata apa saja tapi takkan faham apa hati ini rasa .

ps : ikut kata hati walaupun pernah hancur luluh tapi hati ini masih berfungsi . .