jangan bandingkan cerita cinta kita

kerap lidah menyebut dan telinga mendengar ayat . . . " setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersendiri " . . . kan ? hikmah yang akan disedari selepas berlaku sesuatu perkara atau tragedi pada diri kita atau mungkin orang lain . mmm . . ianya cuma bergantung pada kita untuk mengambil sebagai satu pengajaran ataupun terus berdegil diri .

sekerap mana pun seseorang itu putus cinta , tidak bermakna akan takut untuk jatuh cinta lagi , lagi dan lagi .

ps : don't shed your tears for someone who hurt you

lazimnya dalam kehidupan , seseorang akan jatuh cinta sebanyak tiga kali . pasti pernah sekali . jatuh cinta dengan kawan baik sendiri dan akhirnya menjahanamkan satu hubungan persahabatan yang sekian lama pernah terjalin rapi . tapi ada hikmah tersendiri . ia mengajar erti sahabat sejati . ia mengajar bahawa dalam persabahatan ada garis yang tidak seharusnya diseberangi .

kemudian yang keduanya , pasti pernah sekali jatuh cinta dengan seseorang yang dirasakan sempurna . walaupun ada yang menegur bahawa tidak ada manusia yang sempurna , dia tetap sempurna dimata kita . sebelum kita sedar kesilapan yang kita buta tanpa sengaja . namun kesilapan itulah yang akan mengingatkan kita walau sebaik atau sejujur mana pun si dia , dia tetap manusia biasa . dia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan yang membuatkan hati orang yang menyanjungnya terluka .

dan yang ketiga , pastinya pernah sekali jatuh cinta dengan seseorang yang kita rasa sama seperti kita . seorang yang bila bersama , membuat rasa selesa bertambah selesa . seorang yang berkongsi citarasa . seorang yang belum diberitahu tapi sudah dapat meneka apa yang kita rasa . seseorang yang dalam satu masa , menyukai kita dan kita menyukai dia . dan adakalanya ia berakhir juga . tapi persinggahan dia dalam hidup kita mengajar kita kenal siapa diri kita . mengajar kita melihat diri kita tanpa bantuan cermin atau sesiapa .

melalui semua ini atau salah satu daripada ini menyedarkan kita bahawa orang yang paling penting kita jaga dalam hidup kita tidak bererti tidak akan menyakitkan kita . dan orang yang kita sakiti adalah orang yang paling memerlukan kita dalam hidupnya .

di penghujungnya , cinta sama seperti cantik dan seksi . . berada dalam kumpulan yang sama . subjektif untuk diucap dengan kata-kata . erti cinta tidak sama bagi setiap manusia . yang sama ialah setiap manusia punyai perasaan cinta dan ingin dicinta .

jangan bandingkan cerita cinta kita sendiri  dengan cerita cinta dalam drama . cerita cinta drama ditulis oleh manusia . cerita cinta kita ditulis oleh yang maha kuasa . percayalah pada-Nya sebelum percaya pada cinta .

ps : i believe everything happens for a reason . . good or bad .