berangan saja !

okay , this is for my encek nurse ! layan sajalah saya berangan eh . ohooo !
" dari isteri untuk suami " - tajuknya


saya nak kita jadi . . . daddy and mummy yang romantic dan penyayang depan anak-anak kita . hee . . saya tahu mesti awak gelak bila baca ayat pertama saya . tapi saya serious sebenarnya . saya bukan mengada-ngada . saya nak anak-anak kita tahu apa itu kasih sayang dan cinta . saya nak anak-anak kita belajar apa itu bahagia bersama doa seperti mana kita buat sekarang ini untuk our relationship . bila kita tunjuk kita mesra , anak-anak akan turut sama bahagia . saya harap awak tak ketawa . hahaha , biar saya sahaja yang ketawa .

saya harap awak tak kisah bila saya semburkan air paip pada awak bila awak sedang basuh kereta kat laman rumah satu hari nanti . tak marah saya bila saya sengaja berjalan lambat-lambat depan TV masa awak sedang tengok perlawanan bola sepak pasukan kegemaran awak .

" buatlah kalau itu dapat buat hubungan kita makin mesra walaupun kita dah lama berumahtangga " - saya nak dengar ayat ini dari mulut awak bila saya buat semua yang diatas . haha . sweet ke tidak ?

saya tetap akan peluk dan cium awak masa awak sibuk di dapur siapkan masakan untuk our dinner walaupun anak kita ada ? eh ? haha . okay terbalikkan . awak akan tetap peluk dan cium saya sampailah saya dah tak ada satu hari nanti .

saya tetap akan pimpin tangan awak walaupun anak kita dah boleh berlari dekat pasaraya . saya tahu awak mungkin malu bila orang pandang dan mengata ( bila dah tua nanti ) , tapi kita bukan buat sebab nak orang puji kita . tapi sebab kita bahagia . bukankan semua suami isteri yang buat selepas berkahwin merupakan satu pahala ? hee . .

sesungguhnya kasih sayang itu bermula dari rumah . kasih sayang dari awak sebagai seorang daddy dan saya as mummy yang super cute ( okay perasan disini ) . . . mendidik anak-anak kita jadi soleh dan solehah . saya mahu anak-anak kita berjaya dari sudut pelajaran dan akidah . mungkin dari situ ada jalan untuk kita sekeluarga menuju ke Jannah . kan ?

yang benar ,
isteri .

ps : Sabda Rasullullah SAW - jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu , berpuasa dibulan Ramadhan , menjaga kemaluannya daripada mengerjakan perbuatan haram dan taat kepada suaminya , makan dia akan dipersilakan masuk kedalam syurga dari pintu mana sahaja yang dikehendakinya .

* * * * * * * * * *

hee . . terberangan bila semalam saya stalk muka buku angkasawan negara , wife dia . . sekali dengan video anak dia bella yang super duper cute tu haa . to be honest lah , i get jealous sikit . sweet sangat kot .

tiba-tiba rasa macam gatal gedik nak kahwin juga bila tengok mereka yang sangat sweets plus anak-anak yang super cute . mmm . . my friends pun ramai yang dah kahwin . berderet dah anaknya . but . . tak apalah rezeki mereka . jodoh awal . kan ? tak perlu jealous , sabar . hee . .

lalalalala ~ sibuk je pasal nak kahwin . alahaiiii .