bernafas dalam ego


bersyukurkah kita ?
bilakah kali terakhir kita bersyukur ke hadrat illahi ? tadi ? semalam ? minggu lepas ? bulan lepas ? tak pernah langsung ? mmm . . . tak tahulah kenapa manusia susah nak bersyukur . TERKADANG , aku juga tergolong dalam golongan ini , bukan sebab angkuh , cuma terlupa dek kerana terlalu gembira .  janganlah salah faham dulu . belajarlah untuk bersyukur , janganlah nak bernafas dalam ego sangat , tak reti nak bersyukur . ﷲ bagi pinjam nyawa untuk terus bernafas ni pun dah cukup baik . jangan nak berlagak sangat . 

bersyukurlah dengan apa yang diperoleh

entry ini untuk renungan bersama sahaja . wujudnya entry ini pun lepas duk merepek , membebel dengan seorang kawan tadi . terus mencurah-curah idea . daripada dibiarkan idea yang melimpah-limpah ke ladang otak ni hilang . . terus on laptop dan mula menaip .


mesti tak pernah pun terlintas dibenak fikiran "mengapa kita harus bersyukur" . . . and today , aku nak ajaklah semua orang yang mengintai blog aku ni untuk meluangkan sedikit masa membaca sedikit sebanyak jawapan yang dapat dicungkil bagi soalan "mengapa kita harus bersyukur" dalam kehidupan seharian . . . . .

  • kita tak perlu bayar untuk bernafas dan sihat tubuh badan , semuanya percuma . kan ? jadi bersyukurlah . macam aku kata tadi . jangan nak bernafas dalam ego .
  • kita masih mampu mencium bau makanan yang sedap-sedap , melihat warna-warni alam , mendengar muzik yang menyenangkan . . kalau hilang salah satu nikmat ni macam mana ? bersyukurlah .
  • kita menangis apabila melihat kejadian yang mengharukan hati kita walaupun tiada kena mengena dengan kita . bersyukurlah kerana peristiwa itu tidak terjadi pada diri kita .
  • hidup kita bertambah mudah dengan teknologi yang canggih hari ini . bersyukurlah bila kita dapat menikmati sesuatu yang lebih baik jika dibandingkan zaman dahulu yang sukar untuk dapatkan maklumat .
  • berkesempatan melihat dunia lain atau melancong ke negeri orang . bukan semua orang dapat merasainya . bersyukurlah .
  • tak kira se"pokai" mana pun kita , tapi kita masih mampu untuk membeli makanan . bersyukurlah .
  • tiada orang yang boleh menyerupai kita didunia ini . jika anak kembar sekalipun pasti ada bezanya . so bersyukurlah kita dilahirkan unik dan tiada duanya .
  • mempunyai kawan untuk diajak berjalan-jalan , untuk diajak makan bersama , untuk diajak berbual bila bosan . bayangkan jika bersendirian ?
  • kita boleh membaca . bayangkan berapa banyak ilmu yang kita peroleh dari membaca ? bersyukurlah .
  • bersyukurlah kita masih boleh bergelak ketawa .
  • kita hidup di negara yang bebas perang . tak reti nak bersyukur lagi ?
  • kita bebas membuat pilihan dan memilih apa yang kita inginkan .
  • berkesempatan untuk bersekolah , melanjutkan pelajaran walaupun penat mengulangkaji pelajaran dan menghadapi peperiksaan . sesungguhnya ramai diluar sana yang mengimpikan untuk berada di tempat kita .
  • kita dapat menikmati makanan yang sedap-sedap . tak semua orang senang nak order itu dan ini .
  • kita masih hidup sehingga ke hari ini . alasan ini cukup kuat untuk kita bersyukur .

ps : Ya ﷲ  jadikanlah kami hamba-Mu yang bersyukur . .