love is ?


cinta . . . mempunyai maksud meluas dan mendalam . mengenali sebuah cinta tidak semudah menyebut perkataan cinta itu sendiri . sering kali telinga ini disuap dengan lagu-lagu cinta yang diputarkan di radio . seolah-olah cinta itu amat indah . memang indah jika semuanya sempurna . kan ? tapi . . . bila retak dan perlahan-lahan merekah , cinta yang di puja selama ini cuma akan hanya indah dari khabar rupa .


setahu aku cinta itu mudah dan tidak menyusahkan tapi sebenarnya ianya sangat susah . tapi cinta itu kotor bila ditambah dengan sedikit ego , janji yang terabai , penantian yang tiada penghujungnya , salah sangka dan semua yang menyakitkan menyebabkan cinta itu bertambah kotor .

pernah aku cuba jadikan cinta itu mudah . tapi aku gagal . cinta tak semudah yang disangka . tak semudah menyebutnya . menjaga cinta umpama menjaga hati seseorang yang tidak pernah kita kenal . kawan bertahun lamanya tak bermakna layak menjaga hati seseorang .

aku pernah merasai keindahan cinta dengan mengorbankan cinta pertama
aku pernah merasai kekejaman dalam cinta yang kedua
aku pernah merasai ketidakadilan darjat dalam episod cinta yang ketiga
aku pernah merasai kegagalan cinta keempat walau dijaga setiap masa

dan aku tidak pernah meletakkan 100% kegagalan dalam setiap kisah cinta aku dibahu dia kerana aku sedar aku sendiri punyai kesilapan dalam perhubungan . dan aku tidak menyesal dalam setiap kegagalan itu kerana memulakan yang baru adalah lebih baik daripada meratapi kegagalan yang sedia ada .


cinta mengajar aku bahawa perkataan "maaf" tidak menjanjikan dua hati bersatu kembali dan semudah janji diungkapkan memungkinkan lebih mudah daripada mengotakan .

No comments: