punggung dilabuhkan di sebuah kerusi di sebuah kedai makan . suasana agak bising bila bertemankan beberapa orang rakan . ditambah pula keadaan kedai makan yang menjadi tumpuan tidak kira lelaki dan perempuan . tapi dalam keramaian , hati tetap merasa kekosongan .
di meja sebelah , sepasang kekasih sedang makan berkongsi makanan dalam satu pinggan . masing-masing makan dengan penuh adab sopan . satu benda yang tidak dapat dilihat kalau mereka makan dengan kawan-kawan . sebelum pulang , si lelaki membayar semua harga makanan yang dilicinkan . untunglah kau jadi perempuan .
tidak jauh dari situ , sepasang kekasih sedang duduk di sebuah kerusi batu di tepi sebatang jalan . sesekali terdengar suara mereka ketawa keceriaan . romantic sungguh . untunglah mereka dapat meluangkan masa dengan orang tersayang disaksikan cahaya bulan dan lampu-lampu neon pada waktu malam .
dan akhirnya , juice apple dan nasi goreng yang dipesan sampai , terhidang di atas meja . masih panas , berasap sampai berhaba pinggan . nasi itu dibiarkan . nanti bila sudah bersedia baru disuap dan ditelan . meneguk air .
begitulah juga hati yang kesedihan . bila tiba masanya pasti ada yang mengisi ruang kosong yang telah ditinggalkan . apa yang penting , tunggu dengan pebuh kesabaran . kerana masa yang akan menentukan .
ps : ﷲ SWT pasti kurniakan kita cinta kerana kita semua berhak bahagia . . .