Cuma menulis . . .

Ini mungkin bukanlah satu cadangan . Mungkin juga bukan cara untuk memujuk lelaki yang dalam kesedihan . Cuma anggap ini kata kata lelaki kepada wanita supaya dia lebih memahami dan menghargai lelaki .

Hari ini , antara benda paling rumit ialah lelaki . 
Jika wanita melayannya dengan baik , dia anggap wanita itu jatuh hati padanya . Jika tidak , dia anggap wanita itu hidung tinggi . Jika wanita tampil cantik menawan dia anggap wanita inginkan perhatian . Jika tidak , wanita itu dituduh kekampungan . Lelaki menuduh wanita kejam jika menyakitinya .

Tapi . . .
Bila lelaki menyakiti wanita , wanita dikatakan sensitive dan manja . Jika wanita menyatakan semua ini kepada lelaki , mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar sama sekali .

Oops ! Maaf jika perenggan di atas menyakiti ramai hati lelaki . Tapi ini realiti !

Bercinta bererti memberi hati anda kepadanya untuk di lukai ? Tidak kira lelaki atau wanita . Jadi di situlah terbitnya rasa percaya . Percayalah kepadanya . Nescaya dia akan melindungi anda sepenuh jiwa dan raga .

Sayangilah dia seadanya . Anda terpikat dengannya sedangkan ada ramai lagi manusia berkarakter berbeza . So , it's means anda nampak keistimewaan dia . Jangan terlintas untuk mengubah apa apa tentang dia kerana sekali anda mengubah , selamanya akan mengubah dirinya . Cuba imbas kembai , anda terpikat dengannya kerana dia adalah dia . 

Ingat !
Janganlah bangga dengan diri sendiri selepas dapat memenangi hatinya kerana itu adalah anugerah yang boleh ditarik bila bila masa . Jagalah dia sementara ada bersama . Dia memilih anda kerana percayakan anda . Dan anda harus ingat , adalah sangat susah untuk mendapatkan kepercayaan orang lain terhadap diri kita .

Sebagai langkah persediaan , jika ditakdirkan hubungan anda terputus di tengah jalan , jangan tinggal dia tanpa sebarang alasan . Dia bukan hanya akan menangis kekecewaan malah jiwanya juga akan mati perlahan lahan . Walaupun sukar untuk meneruskan hubungan walau sebagai kawan , biarkan dia tahu alasan yang diberikan . Supaya dia tahu dia akan berjumpa yang lebih baik di masa hadapan .

Seringkali kita mendengar orang berkata , kita tak akan sedar apa kita ada sehinggalah dia meninggalkan kita . Tapi sebenarnya kita tahu apa kita ada cuma kita tak tahu bila kita akan kehilangannya . Hargai apa yang kita ada hari ini kerana kita mungkin kehilangannya esok hari .

Cuma menulis dari hati yang separuh jiwanya sudah pergi . . .
ps : Maybe God has a bigger plan for me that i had for myself . . . . .