satu telefon bimbit bergolek di atas meja . lantas muka dipaling ke arah tuannya .
" kau kenapa ? "
tiada jawapan cuma satu keluhan panjang dihela air didalam gelas diteguk , membasah tekak yang dahaga . tedengar pula keluhan lega .
serabut dia kata . serabut dengan seorang kawan perempuan yang sentiasa mengadu masalah yang ada . seolah-olah hidup dia adalah untuk menyelesaikan masalah seorang perempuan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya . tegas suara yang membuktikan dia tidak bergurau senda .
" memanglah perempuan sifat dia manja tapi tak akan manja sampai macam ini sekali ? "
sekali lagi dia berbunyi . dan dia mengambil tindakan berani untuk beberapa hari ini dia mahu mendiamkan diri . dia mahu perempuan itu sedar hidup ini bukan semudah ABC .
mata melihat ke satu penjuru . mulut ingin berkata sesuatu . tapi mungkin tidak perlu . biarlah hati yang sebut satu per satu .
" bro , bila perempuan cerita masalah dia tanpa segan silu , itu bukan mengadu . itu tandanya dia percayakan kau tapi tak kau sahaja yang tak tahu semua itu "
ps: masing-masing ada masalah sendiri . . .
No comments:
Post a Comment