maaf : seuntai kata cukup bermakna

" memaafkan itu lebih dekat dengan taqwa .
janganlah kamu melupakan keutamaan diantara kamu .
ﷲ maha melihat segala yang kamu lakukan . "
[ al - baqarah : 237 ]

minta maaf | kata maaf sering meniti di bibir setiap insan . ada yang mengatakan maafkan aku , i am sorry , please forgive me dan pelbagai lagi versi dalam bahasa lain , akan tetapi makna yang ingin disampakan masih membawa maksud yang sama . kebiasaannya perkataan maaf yang diungkapkan menjadi lumrah setiap kali kita melakukan kesalahan .

siapa kata diri ini tidak pernah wujud walau sekelumit kesalahan pun dalam hidupnya . hatta , apabila kita terlanggar orang lain ketika berlari pun kita pasti mengucapkan kata maaf . namun persoalannya , adakah kata maaf itu terkesan di hati kita dan pernahkan kita menyelami hakikat kemaafan yang sebenar dalam kehidupan ini ?

memohon maaf dan memaafkan | Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
" sesiapa yang ada kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang kerana sesungguhnya disana tiada lagi wang ringgit untuk dibhuat bayaran ( yang ada hanyalah ) hasanah ( kebaikan ) yang ada padanya . kalau dia tidak mempunyai kebaikan , aiambil keburukan orang itu lalu diletakkan keatasnya " [ Riwayat Bukhari ]

jika kita melakukan kesilapan terhadap orang lain , segeralah memohon kemaafan dari mereka , kerana sesungguhnya perbuatan yang menyakiti hati orang lain boleh menyebabkan pintu hitam terbuka dalam perhubungan sesama manusia . lagi pula kita tidak tahu bila ajal akan menjelma menjemput kita kelak . begitu juga sebaliknya . kadang bukan mudah memberikan kemaafan . ada juga yang mengatakan tidak akan memaafkan sampai bila-bila dan ada juga yang memberi maaf tapi masih berdendam . 

ﷲ SWT berfirman :
" dan segeralah kamu ( mengerjakan amalan-amalan yang baik untuk mendapat ) keampunan dari tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi , yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa . iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menanhan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang . dan ( ingatlah ) ﷲ mengasihi orang-oramg yang berbuat perkara-perkara yang baik " [ surah Ali Imran 3:133-134 ]

intihannya , sesetengah perkara yang berlaku dalam hidup , ada kalanya perlu kita hadapi . process kehidupan tidak menjanjikan kita immune terhadap virus masalah . namun setiap detik yang kita lalui sangat bermakna dalam kehidupan . hal ini boleh kita analogikan dengan kemaafan walaupun susah kita rasakan .

maafkanlah dan mohonlah maaf sesama manusia kerana ia cukup bermakna . jangan mengharapkan supaya orang lain memaafkan kita . kita telah mencuba . namun letaklah kepercayaan dan keyakinan kita pada ﷲ dan jangan pernah putus asa terhadap keampunan ﷲ .




kemaafan dalam islam | islam merupakan agama yang syumul . ﷲ SWT telah mengurniakan manusia dengan akal untuk kita berfikir dalam apa jua hal yang kita lakukan dimuka bumi ini . dan dengan akal , kita dapat melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah dimuka bumi ini . namun begitu , kita hanya makhluk ciptaan ﷲ dan dalam proses kita menempuh kehidupan sebagai seorang manusia . kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan .

adakalanya kita sedar bahawa diri ini telah melakukan kesilapan dan sengaja melakukan dosa . kekhilafan diri memungkin diri kita untuk mengungkapkan . . .

" kita kan manusia , biasalah . . memaafkan itu kan lebih baik "

ya , memang benar kita sebagai manusia kita mempunyai tanggungjawab . ya , memang benar juga sebagai manusia kita melakukan kesilapan , lalu kata maaf menjadi madah menyulam bicara memohon kemaafan .

begitu pentingnya kemaafan dalam kehidupan kita . islam menjelaskan , terdapat dua aspek kemaafan . pertama ,  kemaafan dari ﷲ dan yang kedua kemaafan dari sesama manusia . kita perlukan kedua-duanya kerana kita melakukan silap terhadap ﷲ , begitu jua dalam hubungan sesama manusia .

ﷲ SWT maha pengampunأستغفر الله , suatu lafaz yang lazim dalam kehidupan kita sebagai hamba ﷲ . lafaz di bibir mengucapkan dan hati tidak henti membisikkan kalimah ini setiap kali memomohan keampunan dari Rabb al-Azim . keampunan datang dari rahmat ﷲ dan sedarlah bahawa , ﷲ tidak pernah melupakan hamba-Nya yang sentiasa mengingatinya .

firman ﷲ SWT bermaksud :
" Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih " [ surah al-Buri 85:14 ]

betapa luasnya kemaafan ﷲ kepada hamba-Nya yang sentiasa mengharapkan ampunan dari-Nya . dabda Rasulullah SAW yang bermaksud ; dari Anas RA dia berkata ; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda ; ﷲ berfirman :

" wahai anak adam , sesungguhnya engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku , maka akan aku ampuni engkau . aku tidak peduli ( berapa banyaknya dan besarnya dosamu ) wahai anak adam seandainya dosa-dosamu ( sebanyak ) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku , nescaya akan aku ampuni engkau . wahai anak adam , sesungguhnya jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan-Ku sedikitpun , maka akan aku temui engkau dengan sepenuh itu pula keampunan " [ hadith , Riwayat Tirmidhi ]

cermin diri , lihat sejauh mana usaha dan doa yang telah kita lakukan untuk meraih keampunan dari yang maha Esa . teladanilah , umat yang terdahulu . menyingkap kisah Imam Malik , ketika sedang dalam majlis ilmu dengan pelajarnya , tiba-tiba berhenti seketika dan menangis , kemudian menyambung kembali semula pengajarannya . pelajarnya berasa hairan dengan tindakan guru mereka , lalu bertanya kepada beliau di akhir majlis ilmu itu :

" mengapa engkau menangis sebentar tadi dan kemudia engkau kembali mengajar seperti biasa ? "
Imam Malik menjawab , " sesungguhnya aku terputus sebentar hungan dengan ﷲ ketika sedang mengajar , kerana itulah aku menangis .

lihatlah Imam Malik , hanya kerana terputus sebentar hubungan dengan ﷲ telah membuatkannya menangis . bagaimana pula kita ? hari-hari dalam kehidupan dipalit dengan dosa dan rasa bersalah , jarang sekali kita menangis dan menadah tangan memohon keampunan dari ﷲ SWT .

wassalam

No comments: