perempuan

dulu , lepas putus cinta aku mula anti lelaki  . bekas kekasih aku dulu masa nak aku , macam-macam pujuk rayu simpati . bila dah dapat , tolak tepi . jadi , aku mula anggap lelaki cuma nak puaskan nafsu mereka sendiri . nasib baik kami putus sebab aku tak mahu hati aku dimiliki orang yang tidak mengerti .

dan aku mula kenal sidia merangkap jiran aku selepas putus cinta dengan kekasih aku . kebetulan dia ajak aku lepak sekali dengan kawan-kawan dia selepas main futsal . pertama kali lepak memang agak malu-malu .

" our small , stupid conversations means more to me than you'll ever know "

selang dua tiga hari , dia ajak lepak lagi  aku yang memang mati kutu duduk di rumah terus setuju tanpa fikir dua kali . tapi masalahnya motorsikal aku masih ada di bengkel . sedang dibaiki . dia kata tak apa , pergi sekali . lagipun kami jiran . aku tak tolak rezeki . lagipun tak risau sebab keluar di siang hari .

aku dengan dia tak rapat sangat pada mulanya . kenal pun kebetulan belajar satu universiti dan dia jiran rumah sewa aku . memang kami kawan tapi aku tak berapa suka dengan perangai dia . kadang-kadang dia sombong dan mengada-ngada . tapi bila dah selalu tumpang dia ke kelas , sana dan sini kami sekalu kongsi cerita . bergurau senda . mula rapat walaupun makan masa .

pernah aku tanya dia , dia tak kisah ke aku tumpang dia walaupun motor aku dah boleh guna . dia kata tak apa . sampai satu tahap aku berani tanya , kenapa dia baik sangat dengan aku ? sebab aku pernah tolak ajakan dia . bila aku demam dia terus suruh makan ubat dan jaga diri selalu . bawa aku ke klinik . 

jawapan dia : lelaki memang begitu . mengambil berat dan bersedia bila perempuan perlu . 

terharu aku dengar jawapannya .

katanya aku tak perlu takut sebab tak akan ada orang yang akan serang aku . dia single dan aku tahu itu . tapi bila kawan-kawan dia kata cara dia layan perempuan lain sama macam dia layan aku , aku pula rasa cemburu . 

takkan aku nak larang dia , sebab aku bukan kekasih dia . takkan aku nak suruh dia berhenti layan aku baik macam selalu . aku suka . sebab dia buat aku rasa masih laku . aku buntu . jahat salah , baik pun salah bagi aku .

ps: perempuan hati dia halus . lembut . mudah tersentuh .
* cerita rekaan semata-mata

No comments: